Bawang besar
Bawang besar

Bawang besar

Bawang besar atau bawang Bombay (dikenali sebagai bawang Bombay kerana bawang jenis ini telah dibawa oleh pedagang-pedagang yang berasal dari Bombay, India ke serata Asia) ialah sejenis sayuran bebawang yang telah wujud dan telah ditanam di Mesir semenjak 2,700 tahun dulu dan merupakan tanaman makanan penting yang digunakan kini. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Barat dan Asia Tengah dan kini telah di usahakan di seluruh dunia.Pengeluaran bawang besar dunia pada tahun 2008 sebanyak 3.367 juta metrik tan dengan negara China sebagai pengeluar utama sebanyak 835,060 mt diikuti dengan Jepun (535,340 mt) dan Korea Selatan (523,439 mt). Negara lain yang banyak menanam bawang besar adalah New Zealand, Nigeria, Mexico, Tunisia, Korea Utara dan Ecuador. Di kalangan negara Asia tenggara, hanya Thailand (2,200 hektar setahun) dan Filipina (7,000 hektar setahun) yang banyak menanam bawang besar. Indonesia pula ada mula menanam tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Malaysia masih mengimport bawang besar iaitu sebanyak 150,000 - 250,000 mt setiap tahun.Bawang import di Malaysia lebih dikenali dengan bawang besar China (jenis bulat) lebih sedap berbanding dengan bawang besar India (bulat leper dan lebih 'pedas'). Rasa ia lemak, sedikit pedas dan berangin.